JKR harus proaktif selesaikan jalan rosak seluruh Sabah – Hajiji

Date:

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah diarahkan supaya lebih proaktif dalam menyelesaikan isu jalan rosak di seluruh Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengarahkan jabatan berkenaan mesti bertindak proaktif dan jika perlu keluarkan arahan kepada pihak konsesi supaya segera membaiki kerosakan jalan.

“Kita mesti sentiasa memikirkan keperluan rakyat. Tanpa tindakan, kerajaan dan JKR akan terus mendapat reaksi negatif daripada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerjanya ke Kementerian Kerja Raya di Bangunan JKR di sini hari ini.

Hajiji berkata, tindakan pemantauan penting dilakukan oleh pihak pegawai jabatan berkenaan, sama ada ia melibatkan jalan Persekutuan atau negeri.

“Beri perhatian kepada aduan rakyat. Ada aduan yang kerap dilaporkan. Justeru, saya mahu pihak JKR tidak hanya menunggu tetapi mencari penyelesaian segera kepada masalah ini,” tegasnya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri akan mendapatkan penyiasat persendirian untuk mencari punca isu 60 peratus air tidak terhasil (NRW) dan kes kecurian air yang  berleluasa di Sabah.

Selain itu, beliau turut mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong untuk memberi perhatian kepada isu kekurangan tenaga kerja di kementerian itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata, kementeriannya akan terus meningkatkan usaha untuk menyelesaikan isu-isu melalui pelbagai inisiatif.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam; Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim; Menteri sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe; dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version