KPDN komited laksanakan program ‘Kita Gempur’ atasi ketirisan barang kawalan

Date:

Share post:

TAWAU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited dalam melaksanakan program Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (Kita Gempur) dengan melibatkan kebersamaan pelbagai pemegang taruh.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia adalah susulan daripada Majlis Pelancaran Kita Gempur yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 19 Oktober lepas.

Katanya, dalam program bersama rakan strategik KPDN di daerah ini, semalam, mereka telah menzahirkan komitmen melalui surat aku janji untuk terlibat dalam inisiatif program Kita Gempur ini.

“Mereka terdiri transporter di bawah Program Pengedaran Barang Perlu, Syarikat Pembungkus Minyak Masak di bawah Program Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS), pemborong dan peruncit utama, serta pengusaha stesen minyak.

“Pada hari ini, seramai 99 wakil rakan strategik KPDN di sekitar daerah Tawau telah memberikan dan menyatakan komitmen mereka.

“Mereka termasuklah 30 transporter, 29 pengusaha stesen minyak, tujuh syarikat pembungkus minyak masak, 12 wakil pengguna setempat dan 21 pemborong dan peruncit utama di daerah Tawau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program Kita Gempur @ Tawau bersama Rakan Strategik Kepenggunaan, di sini hari ini.

Menurutnya, program ini adalah inisiatif kerajaan melalui KPDN yang melibatkan semua pihak sama ada agensi kerajaan, pemain industri dan orang ramai.

Katanya, ia adalah usaha bagi membanteras penyelewengan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi, serta mengatasi manipulasi dalam aktiviti perniagaan seperti penipuan dalam talian dan pakatan kartel.

“KPDN akan memperluaskan gerakan ini dengan mendapatkan komitmen daripada semua pemegang Lesen Bagi Barang Kawalan Berjadual (CSA) di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Ini termasuklah semua syarikat-syarikat transporter yang dilantik sebagai pelaksana Program Pengedaran Barang Perlu,”katanya.

Armizan berkata, penglibatan syarikat-syarikat transporter adalah penting bagi memastikan pergerakan bekalan barang kawalan dan bersubsidi daripada point of source (POS) pemborong/syarikat ke point of sale (POS).

“Inisiatif ini dapat mengurangkan ketirisan barang-barang kawalan bersubsidi seterusnya memastikan dana awam yang disalurkan melalui subsidi kerajaan akan sampai kepada golongan sasaran.

“Syarikat-syarikat transporter ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan mengangkut tujuh barangan kawalan dan barangan kawalan bersubsidi, iaitu beras, gula, tepung gandum, minyak masak, Liquified Petroleum Gas (LPG), petrol RON95 dan diesel,” katanya.

Sehubungan itu katanya, KPDN menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk terus menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklumat melibatkan sebarang bentuk aktiviti penyelewengan dan penyeludupan agar aktiviti yang merugikan rakyat dan negara ini dapat dibanteras.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...