Pengurusan UMS dan UiTM perlu kenal pasti pelajar yang kurang berkemampuan

Date:

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengenal pasti pelajar kurang berkemampuan di kampus masing-masing.

Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud, berkata ia sebagai susulan pelajar menggunakan guni plastik sebagai bagasi untuk membawa barangan keperluan diri ketika mendaftar masuk di UMS, kelmarin.

Katanya, pihak pengurusan kedua-dua universiti itu perlu memastikan bantuan sewajarnya disalurkan kepada pelajar kurang berkemampuan di kampus masing-masing.

“Saya menerima banyak mesej mengenai cabaran dihadapi sebahagian anak-anak siswa baharu atau sedang belajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara

“Satu kes yang benar-benar menyentuh hati saya ialah kisah adik Rafida Zaiddin dari Sandakan yang mendaftar di UMS, membawa karung guni sebagai bagasi.

“Ini menunjukkan kecekalan dan kuatnya semangat adik Rafida menyambung pengajian walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

“Pihak pengurusan UMS dan UiTM Sabah perlu segera mengenal pasti pelajar kurang mampu bagi memastikan bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan. No student should be left behind.

“KPT komited memastikan kebajikan pelajar terjaga sepanjang pengajian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, tular seorang pelajar baharu UMS di kampus induknya, di sini, yang menggunakan guni plastik sebagai bagasi ketika dikumpulkan untuk dihantar ke kolej kediaman.

Gambar itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang berkongsi perasaan simpati terhadap pelajar terbabit di laman Facebook, semalam.

Dengan bantuan pihak UMS, Fadhlina menghubungi pelajar terbabit dan membantu menguruskan serta-merta semua keperluan Rafida untuk meneruskan pengajian.

Sementara itu, Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar meminta pelajar yang baru mendaftar di IPTA dan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) menghubungi bahagian Hal-Ehwal Pelajar universiti masing-masing jika memerlukan bantuan.

“Bagi anak-anak siswa yang bakal mendaftar di IPTA dan IPTS seluruh negara, jangan ragu dan segan menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing sekiranya memerlukan bantuan.

“Pelbagai bantuan disediakan mengikut keperluan anak-anak semua, Insya-Allah ada penyelesaiannya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version