UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

Date:

KOTA KINABALU – UMNO Sabah akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa Barisan Nasional (BN) Sabah bagi memperhalusi kerjasama parti itu bersama Pakatan Harapan (PH) di peringkat negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.

Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin yakin bahawa kerjasama BN-PH akan menjamin kestabilan politik di Sabah.

“UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang.

“UMNO Sabah juga akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa BN Sabah bagi memperhalusi kerjasama bersama PH di peringkat negeri untuk memastikan kemenangan di PRN17,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Sabah di sini pada Isnin.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, sebagai langkah strategik, kepimpinan parti peringkat negeri digesa untuk membantu kempen PRK Mahkota itu nanti.

“Ia bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama BN-PH, sekali gus memastikan kemenangan calon BN.

“Kejayaan model ini akan dijadikan panduan bagi PRN17, di mana UMNO Sabah yakin kerjasama BN-PH akan menjamin kestabilan politik dan kemakmuran Sabah,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, pemeriksaan di setiap Bahagian menunjukkan kesiapsiagaan di peringkat akar umbi memuaskan.

“Mana-mana ruang penambahbaikan akan segera diambil tindakan untuk memastikan jentera pilihan raya berada dalam keadaan terbaik,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version