Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar

Date:

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya Sabtu ini dijangka berjalan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) 2024 berkata hal itu susulan raptai penuh sambutan hari ini berlangsung tanpa sebarang masalah, dengan semua perarakan dan persembahan berjalan mengikut perancangan.

“Kita jangkakan segala persiapan ini akan membuahkan hasil yang cukup positif pada Sabtu nanti,” katanya selepas menyaksikan raptai penuh sambutan Hari Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi berkata terdapat beberapa aspek penyelarasan yang perlu ditambah baik bagi memastikan kesempurnaan perjalanan sambutan pada 31 Ogos ini.

“Kita doakan semoga semua persiapan dan juga acara nanti berjalan dengan baik serta lancar,” katanya.

Persembahan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” itu dijangka berlangsung selama dua jam, antara lain menampilkan 25 pancaragam, 479 aset ketenteraan dan pertunjukan udara. Ia dijayakan kira-kira 17,000 peserta daripada 59 kontinjen.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version