India nyatakan sokongan kepada Malaysia untuk sertai BRICS

Date:

NEW DELHI: India telah menyatakan sokongan terhadap hasrat Malaysia untuk menyertai blok ekonomi BRICS.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perkara itu dipersetujui Perdana Menteri India, Narendra Modi di pertemuan pada Selasa susulan lawatan rasmi beliau ke negara itu.

“Saya kemukakan keputusan Malaysia untuk bersama dengan BRICS, setakat ini semua negara-negara utama yang terlibat telah menyatakan persetujuan dan semalam bila saya kemukakan (hasrat), Perdana Menteri, Modi bersetuju untuk menyokong penyertaan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penutup sempena lawatan rasmi ke India sejak Isnin lalu.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India dan China sementara Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 2010.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version