PM Anwar dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA jumaat ini

Date:

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) ke-19, di Putrajaya pada Jumaat ini.

Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan Kompetensi) Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Haniff Zainal Abidin berkata pengumuman tersebut dijangka menarik perhatian ramai terutama penjawat awam.

“Kali ini ramai yang pasti ternanti-nanti tentang polisi atau dasar kerajaan Madani yang akan dibentangkan di Mappa.

“Kali ini agak menarik kerana terdapat kemungkinan besar pengumuman penting berkaitan SSPA dan prinsip-prinsip yang perlu dilaksanakan oleh penjawat awam,” katanya dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.

Haniff menjelaskan Mappa ke-19 merupakan platform bagi perdana menteri untuk berkongsi amanat atau dasar kerajaan, dan ia merupakan penganjuran semula selepas kali terakhir diadakan pada 2022.

“Dijangkakan sekitar 7,000 penjawat awam akan hadir untuk mendengar sendiri apa yang ingin disampaikan oleh perdana menteri.

“Bagi yang tidak dapat hadir, mereka boleh mengikuti siaran langsung melalui pelbagai platform termasuk media sosial,” katanya.

Mengulas mengenai keunikan penganjuran Mappa kali ini yang bertemakan Perkhidmatan Awam Madani, Haniff berkata sebanyak 32 reruai agensi dan kementerian akan dibuka untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

“Reruai terbesar yang akan dibuka ialah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Intan.

“Selain itu, kami juga menyediakan reruai Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membolehkan orang ramai membayar saman dengan harga diskaun.

“Kami juga akan mengadakan Gerai Jualan Rahmah untuk pengunjung membeli barangan keperluan pada harga lebih murah.

“Mappa akan mula dibuka pada jam 9 pagi dan mereka yang hadir boleh ke reruai yang ada terlebih dahulu kerana perdana menteri dijangka tiba sekitar jam 10 pagi,” katanya.

Haniff turut memaklumkan kawasan parkir di sekitar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya akan dibuka, manakala perkhidmatan shuttle disediakan untuk memudahkan pergerakan mereka yang hadir.

Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version