KPKT mahu pinda Akta 171 mencakupi hukuman pesalah buang sampah merata-rata

Date:

KAMPAR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kajian untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) mencakupi seksyen berkaitan hukuman bagi pesalah yang membuang sampah merata-rata.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata KPKT menerusi pegawai undang-undang sedang mengkaji pindaan akta itu termasuk mengenakan denda melakukan khidmat masyarakat kepada pesalah memandangkan kompaun tidak memberi kesan kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Saya akan suruh dia (pesalah) buat khidmat sosial termasuk sapu jalan di bawah terik matahari, saya minta buat iklan percuma TikTok, media sosial untuk ‘ulat-ulat’ sampah suka buang sampah di merata tempat.

“Siapa yang buang sampah, arahan telah pun dikeluarkan kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) termasuk Majlis Daerah Kampar, tidak boleh bagi diskaun untuk kompaun,” katanya pada sidang media selepas Program Sentuhan Kasih KPKT ke Kampar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai keindahan kebanyakan pantai tumpuan pelancong di Malaysia terus dicemari puntung rokok yang dibuang merata-rata sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesan sampah itu kepada alam sekitar.

Nga turut diminta mengulas dakwaan terdapat sesetengah PBT menetapkan kempen larangan merokok di pantai, namun lemah dari segi penguatkuasaan iaitu sekadar memberikan nasihat dan tidak mengenakan kompaun.

Pindaan akta itu juga setelah melihat beberapa negara maju berjaya mendidik masyarakat dengan memberi hukuman khidmat sosial kepada pesalah yang membuang sampah merata-rata.

“Kita boleh menjimatkan kos untuk mengupah pencuci jalan, saya rasa itu cara yang baik untuk terus mendidik. Saya percaya apabila kita sudah melaksanakannya, selepas beberapa kes tiada siapa lagi akan berani untuk membuang sampah (merata-rata),” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version