Ringgit di paras 4.4000 berbanding dolar AS

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.

Terdahulu pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4930/5010 berbanding dolar AS daripada 4.4945/4995 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Prestasi itu merupakan kenaikan kukuh berterusan ringgit berbanding dolar AS selama 11 hari berturut-turut.

Paras tertinggi sebelum ini adalah pada 4.4000/4025 yang dicatatkan pada 14 April, 2023.

Pagi ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersyukur kerana sejak kebelakangan ini negara banyak mendapat pengiktirafan dengan merekodkan kemajuan dari segi ekonomi dan pertumbuhan termasuk pengukuhan ringgit.

“Kejayaan ini tentu kerana politiknya lebih stabil, kemudian dasar dan kerangka lebih jelas,” katanya pada perhimpunan bulanan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)