Home Berita PM Anwar akan ke Russia atas undangan Putin bincang kerjasama ekonomi

PM Anwar akan ke Russia atas undangan Putin bincang kerjasama ekonomi

0

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin di Vladivostok dalam beberapa minggu lagi.

Perdana Menteri berkata, pertemuan itu adalah atas undangan Putin bagi membincangkan soal kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

“Beberapa minggu lagi saya akan ke Vladivostok, di pinggir Russia untuk menerima undangan Presiden Putin bagi berbincang soal kerjasama ekonomi.

“(Ini) meletakkan kita sebagai antara negara yang pertahankan pendirian kita yang bebas, dan tidak mengambil sikap untuk bermusuh dengan sesiapa.

“Prinsip kita adalah jelas, tetap pertahankan kebebasan, tolak kezaliman, tidak mengizinkan mana-mana negara kelompok menindas, menghina dan membunuh rakyat kita yang tidak berdosa,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian ibu pejabat GXBank & pelancaran pusat kecemerlangan di sini, hari ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version