PROBEST beri manfaat kepada 9,529 usahawan belia dalam sektor pertanian moden

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Seramai 9,529 orang belia menerima manfaat melalui Program Agropreneur Muda (PROBEST) bernilai RM174.16 juta sehingga Julai ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, daripada jumlah itu seramai 745 belia Sabah turut menerima insentif berbentuk geran barangan berjumlah RM12.9 juta.

Menurutnya, program yang diperkenalkan sejak 2016 oleh KPKM itu merupakan kerjasama strategik Agrobank dengan beberapa universiti tempatan bertujuan bagi menggalakkan penyertaan golongan belia dalam bidang pertanian moden.

“Bagi mewujudkan ekosistem keusahawanan sektor agromakanan, KPKM turut menyediakan bantuan lanjutan melalui Geran Padanan Change Upgrade Product (CUP).

“Geran ini menawarkan padanan dengan kadar 70 peratus dibiayai oleh kerajaan manakala 30 peratus oleh usahawan dan juga Geran High Impact Product (HIP) yang menawarkan geran padanan 50 peratus dibiayai oleh kerajaan manakala selebihnya ditanggung oleh usahawan.

“Inisiatif ini merupakan antara usaha berterusan KPKM untuk menarik golongan belia menyertai sektor pertanian menerusi penggunaan teknologi moden ke arah melahirkan golongan usahawan muda yang dapat memainkan peranan proaktif dalam menyumbang kepada sektor agromakanan negara,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran PROBEST-Edisi Sabah di Pusat Inkubator, Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Jumaat.

Pada majlis itu, beliau turut memuji komitmen yang diberikan oleh pihak Agrobank bagi memperkasakan komuniti belia terutama golongan B40 dan pelajar asnaf agar berdaya untuk keluar dari garis kemiskinan melalui program PROBEST edisi Sabah.

“Suka untuk saya kongsikan, sehingga Jun 2024, hasil kerjasama KPKM, Agrobank dengan UMS dalam ternakan benih ikan air tawar telah berjaya menjana pendapatan keseluruhan sebanyak RM7,484 kepada 15 orang siswazah.

“Manakala, melalui kerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), projek ternakan rumpai laut di Kunak telah menjana pendapatan sebanyak RM25,855 kepada enam orang belia tempatan bagi dua musim dan kini projek itu telah memasuki musim ketiga. 

“Tahniah kepada UMS dan UniKL dengan peruntukan dana yang diberikan untuk pembangunan infrastruktur projek, bimbingan teknikal daripada syarikat peneraju dan juga latihan keusahawanan melalui Agrobank keberhasilan program ini dapat dicapai dan seterusnya menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian,” katanya.

Harapan beliau agar usaha ini mampu mengubah persepsi dalam kalangan masyarakat muda untuk memandang sektor pertanian sebagai cabang pekerjaan yang mampu menjana pulangan yang lumayan, di samping merancakkan ekonomi negara melalui sumbangan sektor makanan.

Hadir sama Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr Kasim Mansor, Ketua Pegawai Risiko Agrobank Hussien Mullar, Timbalan Presiden UniKL Prof. Azmi Hassan, Ketua Agrobank Centre of Excellence Rusli Jusoh serta Timbalan Naib Canselor UMS Prof Dr Rosalam Sarbatly.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan