Home Berita Kerajaan sedia perbaiki dan pinda akta lompat parti – PM Anwar

Kerajaan sedia perbaiki dan pinda akta lompat parti – PM Anwar

0

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia berbincang bagi meminda akta lompat parti untuk memperbaiki kelompangan yang terdapat dalam undang-undang berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Pakatan Harapan (PH) pada 2022 pernah mengusulkan supaya pindaan dibuat kepada akta terbabit, namun ditolak oleh kerajaan ketika itu.

“Dulu kita cadang supaya mana-mana yang ditolak (dibuang) oleh parti, ditolak (mengosongkan kerusi) tapi tidak disetujui oleh kerajaan masa itu.

“Sebab dia masa tu orang UMNO masuk parti dia, jadi bagi saya kalau nak pinda boleh, kita bincang supaya siapa sahaja (tidak terkecuali). Dahulu dia (pembangkang) menentang, ramai tak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau An-Najah, Presint 9, di sini, hari ini.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version