RM130 juta dana tambahan untuk komuniti India telah disalurkan – Ramanan

Date:

NIBONG TEBAL: Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperuntukkan tambahan RM130 juta secara keseluruhan untuk komuniti India di negara ini, dalam tempoh empat bulan lepas.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan, berkata ini meliputi tambahan RM50 juta bagi Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan RM30 juta untuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big) di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM50 juta bagi Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“SPUMI sejak 2008 hingga 2024, tidak pernah ada penambahan dana. Namun, hari ini kerajaan memperuntukkan RM60 juta (secara keseluruhan) untuk SPUMI.

“Sebelum ini dana untuk usahawan wanita India (PENN) hanya RM20 juta tetapi hari ini Kerajaan MADANI bagi RM70 juta iaitu tambahan RM50 juta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Komuniti Usahawan India di sini malam tadi.

Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberikan peruntukan yang besar kepada masyarakat India di Malaysia, berbanding kerajaan terdahulu.

Justeru beliau meminta kaum India untuk memanfaatkan peruntukan yang dikhaskan kepada mereka itu, supaya tidak ada golongan yang akan tercicir.

Sementara itu, Ramanan berkata, seramai 25,559 usahawan masyarakat India telah mendapat pembiayaan di bawah Skim SPUMI bernilai RM45.7 juta di seluruh negara sejak 2008 hingga Mei, termasuk RM31.5 juta kepada 1,698 usahawan India di Pulau Pinang.

Mengenai Skim SPUMI Goes Big pula, beliau berkata 67 permohonan bernilai RM2.78 juta daripada 106 permohonan diterima sejak dilancarkan pada 3 April telahpun diluluskan, manakala 30 permohonan sedang diproses.

“Semua penambahbaikan skim tersebut merupakan langkah bagi membantu meningkatkan taraf hidup rakyat, sekali gus merealisasikan transformasi sosioekonomi negara,” katanya.

Ramanan juga berkata Kerajaan Perpaduan kini sedang melakukan perubahan besar untuk masyarakat India, dengan terus melaksanakan pelbagai inisiatif serta program bagi kaum minoriti tersebut.

Terdahulu, Ramanan meninjau Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan di Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

–BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...

Tangisan Banjaran: Tragedi UPSI di Gerik dan Takziah Buat Negara

Pada pagi 9 Jun 2025, negara sekali lagi diselubungi duka. Tragedi yang meragut 15 nyawa mahasiswa Universiti Pendidikan...

Pasca Mahathir dan Politik Perkauman: Melayu Tidak Lagi Mahu Diselamatkan, Mereka Mahu Dimajukan

“Yang lemah bukan Melayu. Yang lemah ialah pemimpin yang terus menggunakan Melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa.” Tun Dr....
Exit mobile version