Keir Starmer Perdana Menteri UK yang seterusnya

Date:

Share post:

LONDON: Keir Starmer berikrar membawa perubahan kepada Britain sebagai Perdana Menteri seterusnya selepas parti Buruh pimpinannya mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum (PRU) kali ini.

“Perubahan bermula sekarang, kami katakan yang kami akan menamatkan kekacauan dan kami akan (melakukannya), kami berkata kami akan membuka halaman baharu dan kami sudah melakukannya.

“Hari ini, kami memulakan bab seterusnya, memulakan kerja perubahan, misi pembaharuan negara dan mula membina semula negara kita,” kata Starmer dalam ucapan kemenangannya.

Kemenangan PRU mewakili perubahan yang luar biasa untuk Starmer dan parti Buruh yang dikatakan pengkritik dan penyokong menghadapi krisis dalaman hanya tiga tahun lalu apabila ia kelihatan hilang arah selepas kekalahannya pada 2019.

Bagaimanapun, siri skandal parti Konservatif, terutama pendedahan pesta di Downing Street semasa perintah berkurung COVID-19, menjejaskan Perdana Menteri ketika itu, Boris Johnson dan pengaruh politik parti mula merudum.

Lizz Truss, yang menggantikan Johnson selepas dipecat pada akhir 2022, berusaha keras berpaut pada kuasa tetapi hanya mampu bertahan selama enam minggu yang penuh kontroversi.

Justeru, apabila beliau digantikan Rishi Sunak, parti Buruh sudah jauh ke hadapan meraih kembali pengaruhnya sehingga sukar digugat lagi oleh parti Konservatif.

Malah, Sunak sendiri mengejutkan Westminster (Parlimen Britain) dan ramai dalam partinya sendiri dengan memanggil PRU lebih awal pada Mei.

Pengerusi Pertubuhan Konservatif Akar Umbi, yang mewakili ahli akar umbi parti, Ed Costello, memberitahu Reuters bahawa parti itu layak kalah kali ini.

“Kami berhak kalah. Parti Konservatif kelihatan keletihan dan kehabisan idea tetapi bukan semuanya salah Sunak.

“Johnson dan Truss yang membawa parti itu ke arah bencana pada mulanya manakala Sunak hanyalah lelaki malang yang menjadi kambing hitam,” katanya.

Mutu kehidupan penduduk Britain merosot sejak parti Konservatif berkuasa pada 2010, di mana pemulihan selepas pandemik Covid-19 adalah antara yang paling lemah dalam kalangan negara kaya selepas Jerman.

Selain itu, sektor perkhidmatan awam Britain juga dirundung masalah kekurangan gaji dan beban kerja, mendorong sebahagian besar kesatuan sekerja termasuk di sektor swasta, mengadakan mogok besar-besaran.

Berdepan hutang awam hampir 100 peratus menyamai keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan kadar cukai pada tahap tertinggi, sejak Perang Dunia Kedua, Starmer mengakui sebarang perubahan akan mengambil masa.

Mungkin sukar bagi Starmer untuk mencapai pertumbuhan ekonomi tahunan melebihi dua peratus dalam jangka masa terdekat, susulan ekonomi Eropah yang merudum dan pertumbuhan ekonomi Britain sendiri diunjur kurang satu peratus tahun ini.

Beliau sudah pun terpaksa mengurangkan beberapa rancangan Buruh yang lebih bercita-cita tinggi, seperti ikrar perbelanjaan hijau dan berjanji tidak akan menaikkan cukai untuk ‘orang yang bekerja’.

Starmer juga berjanji untuk memperbaiki hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi menyelesaikan isu yang yang timbul akibat Brexit, namun menegaskan menyertai semula EU bukan satu pilihan.

Walaupun berjanji untuk membawa perubahan dalam negara, Starmer berikrar untuk meneruskan sokongan tidak berbelah bahagi London kepada Ukraine dalam perangnya menentang Russia.

Sebahagian besar perubahan ditekankan parti Buruh membabit isu dalaman manakala kebanyakan dasar luar masih sama seperti yang digariskan kerajaan Konservatif sebelum ini di bawah pimpinan Rishi Sunak. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Kenaikan Geran Khas Interim : Hadiah Istimewa sambutan Hari Malaysia

Ia jelas menunjukkan komitmen Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI terhadap pembangunan dan kesejahteraan negeri Sabah

Isu Laut China Selatan perlu diuruskan secara diplomatik – Fahmi Fadzil

Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan kekal konsisten. Kami komited mempertahankan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan kami di kawasan maritim kami, seperti digariskan dalam Peta Malaysia 1979

PM adakan lawatan ke Sabah selama dua hari

Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu malam ini sebelum menghadiri Majlis Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah di Magellan Sutera Harbour, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor

UMNO akan perhalusi kerjasama bersama PH hadapi PRN Sabah

UMNO Sabah menyokong kenyataan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera kerajaan Perpaduan