Calon PRK DUN Nenggiri akan dimuktamad minggu hadapan – Ahmad Zahid

Date:

JELI: UMNO akan memuktamadkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada minggu depan.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata senarai pendek calon sudah diterima daripada UMNO Bahagian Gua Musang.

“Kita sudah terima senarai pendek dan akan membawa perkara itu ke Biro Politik untuk dimuktamadkan. Insya-Allah kita muktamadkan minggu depan.

“Calon yang dipilih sudah tentu calon yang disukai, diterima rakyat dan boleh menang. Pada hemat saya, pada Pilihan raya Negeri (PRN) lalu kita hanya kalah 810 undi.

“Namun kita tidak boleh mengambil ringan dan usaha perlu diteruskan bagi merampas semula kerusi berkenaan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut yakin dapat merampas semula kerusi DUN Nenggiri dengan kerja keras semua pihak.

“Jika sebelum ini kita bertanding dalam situasi lain, namun kini kita sudah menjadi kerajaan dan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan akan membantu calon BN.

“Kita juga akan pastikan mereka yang tidak keluar mengundi pada PRN lalu akan keluar pada PRK kali ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta semua jentera parti di Kelantan membantu calon DUN Nenggiri selepas ini bagi memenangkan kerusi berkenaan.

“Kita juga menghargai sokongan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim yang mahu membantu calon kita pada PRK nanti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...

Tangisan Banjaran: Tragedi UPSI di Gerik dan Takziah Buat Negara

Pada pagi 9 Jun 2025, negara sekali lagi diselubungi duka. Tragedi yang meragut 15 nyawa mahasiswa Universiti Pendidikan...

Pasca Mahathir dan Politik Perkauman: Melayu Tidak Lagi Mahu Diselamatkan, Mereka Mahu Dimajukan

“Yang lemah bukan Melayu. Yang lemah ialah pemimpin yang terus menggunakan Melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa.” Tun Dr....
Exit mobile version