Bank rakyat tawar moratorium kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah

Date:

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat menawarkan bantuan khas banjir merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan, individu dan perniagaan yang terjejas bencana banjir di Sabah membabitkan empat daerah termasuk Penampang, Putatan, Tuaran dan Tamparuli.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang prihatin, Bank Rakyat terpanggil untuk mengurangkan bebanan dan kesulitan yang dihadapi pelanggannya.

Katanya, Bank Rakyat juga berharap agar kemudahan moratorium ini mampu memberi kelegaan kepada mereka yang terjejas.

“Langkah proaktif yang diambil oleh Bank Rakyat ini amat bertepatan dengan nilai keprihatinan dan ihsan dalam konsep Malaysia Madani bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan dan komitmen yang ditanggung pelanggan dalam waktu yang mencabar ini.

“Pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk membuat ansuran bayaran pembiayaan bagi produk yang dilanggan boleh memohon bantuan moratorium ini. 

“Ini termasuk produk Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Perumahan-i, Pembiayaan Kenderaan-i, Sewa Beli Kenderaan-i, Pembiayaan Pendidikan-i,Pembiayaan Mikro-i dan Pajak Gadai-i,” katanya.

Mohammad Hanis berkata, pelanggan yang terjejas boleh memohon menerusi e-mel bantuanbanjir@bankrakyat.com.my dengan menyertakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat terjejas, nombor telefon bimbit untuk dihubungi, jenis pembiayaan serta salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan. 

“Pelanggan perniagaan juga boleh terus mengunjungi Pusat Perbankan Perniagaan (BBC)berhampiran bagi mendapatkan bantuan. 

“Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Bank Rakyat di www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan di talian 1300 800 800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat (SB) yang berdekatan selain mengikuti media sosial rasmi Bank Rakyat bagi mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version