Tugas dan kuasa Ketua Audit Negara kini diperluas

Date:

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang memperluaskan tugas dan kuasa Ketua Audit Negara.

Berikutan kelulusan itu, Ketua Audit Negara kini boleh memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain termasuk syarikat didaftarkan mengikut Akta Syarikat 2016 (Akta 777), yang menerima jaminan kewangan Kerajaan Persekutuan atau negeri.

RUU yang pertama kali dibentangkan pada Jun lalu itu dibahaskan 20 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sebelum diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.

Kelulusan RUU itu diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong, selepas sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

Pindaan Akta 62 itu membabitkan lima prinsip berkaitan pewujudan peruntukan baharu serta pindaan kepada peruntukan sedia ada, antaranya pengauditan badan lain termasuk syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan dalam bentuk jaminan kewangan.

Selain itu, ia memperluaskuasa Ketua Audit Negara untuk melaksanakan susulan audit terhadap apa-apa syor, ulasan atau pandangan yang diberikan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan tindakan yang telah diambil oleh Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Awam atau Badan yang ditentukan.

Kulasegaran ketika sesi penggulungan berkata, Jabatan Audit Negara sedang melaksanakan beberapa usaha berterusan membabitkan perkhidmatan pengauditan awam.

Katanya, ini termasuk melalui pelaksanaan projek pendigitalan perkhidmatan mulai 2025.

“Selain itu, turut dilaksanakan kerjasama pengauditan dengan firma audit swasta yang dilantik di bawah Ketua Audit Negara, di bawah Seksyen 7 (3).

“Langkah lain adalah memperkenalkan kaedah ‘self assesment audit” (audit kendiri) membabitkan syarikat bersaiz kecil dan berisiko rendah.

“Saya melihat kesemua langkah diambil ini sangat baik, malah Jabatan Audit Negara sedang melakukan libat urus bersama pihak Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam secara berterusan bagi memperkasa kapisiti sumber manusia dan kewangan dalam usaha memudahkan proses pengauditan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version