Tongod mampu jadi pengeluar padi terbesar di Sabah – Masiung

Date:

TONGOD: Daerah ini kini dalam perancangan untuk memajukan jelapang padi bukit yang pertama di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, Tongod daerah terbesar di Sabah dengan keluasan 10.054 kilometer persegi mengatasi negeri Kedah, dilihat mampu merealisasikan projek itu sekiranya kerajaan Sabah bersetuju mengenai cadangan berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas merasmikan Mesyuarat Berkolompok Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) Pusat Daerah Mengundi Inarad di sini.

Katanya, kini hampir 4,000 ekar telah dibangunkan hasil kolaborasi petani tempatan dan memperlukan tambahan sekitar 20,000 ekar lagi untuk meletakan Tongod sebagai pengeluar padi terbesar di Sabah.

Beliau yakin jika ada bantuan dan sokongan bersepadu melalui pelbagai agensi kerajaan, daerah itu mampu berkembang dalam industri makanan berasaskan padi bukit. 

Baru-baru ini, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengesa Jabatan Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) supaya mengambil inisiatif tuntas meningkatkan pengeluaran makanan berasaskan padi.

Kabinet negeri juga telah bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah (LPBS) bagi memacu usaha itu.

Masiung yang juga Naib Gagasan Rakyat berkata, pada masa ini bekalan beras tempatan Sabah amat rendah cuma 22.8 peratus menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap beras import.

“Dalam masa terdekat, saya akan mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan termasuk MAFFI, LPBS, Jabatan Pertanian untuk menjalankan kajian secepat mungkin mengenai cadangan ini.

“Banyak lagi tanah bergeran milik penduduk yang tidak diusahakan kerana mereka cuma menanam padi bukit secara tradisi dan kurang berkemampuan untuk menanam lebih luas kerana kurang mendapat bantuan kerajaan,” katanya.

Masiung yakin kerajaan negeri mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk mejayakan projek padi bukit bagi menampung keterjaminan makanan berasaskan beras keluaran tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version