Institusi TVET wajibkan mata pelajaran integriti dan antirasuah

Date:

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju menjadikan modul Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) sebagai mata pelajaran wajib di semua institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), seluruh negara.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan, persetujuan terhadap syor dikemuka SPRM itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 20 Mei lalu.

“SPRM juga akan menyediakan tenaga pengajar Latihan Jurulatih (TOT) dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009,” menurut kenyataan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dalam kenyataan sama berkata, SPRM peka dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan bidang TVET selari dengan keperluan revolusi industri 4.0, kerana banyak pertambahan peluang latihan dibuka kepada pelajar.

“Oleh itu, modul KIAR ini dijadikan sebagai sebahagian daripada pendidikan TVET sedia ada sebagai satu usaha berterusan, untuk melahirkan tenaga kerja dan usahawan yang tidak berkompromi terhadap sebarang perlakuan rasuah dalam urusan perniagaan.

“Ini bagi memastikan industri yang didokong oleh TVET terutamanya industri kecil dan sederhana, tidak tercemar serta bebas dengan isu rasuah,” katanya.

Norazlan berkata inisiatif itu sejajar dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 iaitu Strategi 1 Substrategi 7, iaitu memperkenalkan pelaksanaan modul atau Kursus Integriti dan Antirasuah kepada pelatih TVET di institusi TVET.

Sejak 2021, SPRM telah melaksanakan pembelajaran KIAR ini bersama dengan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah, Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Kuala Lumpur dan Melaka di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Pelaksanaan KIAR diteruskan di 22 Institusi Latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version