399 calon mengambil semula peperiksaan SPM selepas ‘dipujuk’

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Seramai 399 daripada 10,160 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak hadir tahun lalu berjaya ‘dipujuk’ supaya mengambil semula peperiksaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Wong berkata Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan usaha mengesan mereka hasil kerjasama sekolah dan ibu bapa dengan memberi galakan serta kesedaran.

“Kita berjaya tarik kembali 399 calon tak hadir untuk menduduki SPM tahun ini,” katanya menjawab soalan lisan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) berhubung langkah KPM untuk mengatasi isu ketidakhadiran calon SPM.

Beliau berkata mengikut statistik seramai 8,676 calon tidak hadir daripada sekolah KPM manakala 1,263 (calon persendirian), 221 (calon sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat dan sekolah swasta).

Menurut Wong, kategori paling ramai membabitkan calon telah berhenti sekolah iaitu seramai 3,858 orang.

“Seramai 6,399 calon tidak hadir adalah dari bandar manakala 2,277 calon kategori luar bandar tidak menduduki peperiksaan itu.

“Puncanya di luar kawalan KPM seperti calon telah bekerja, masalah keluarga, kemalangan dan sakit” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...