Pasaran getah ditutup tinggi

Date:

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur melantun semula untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, terutamanya Shanghai dan Jepun, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh harga minyak mentah penanda aras yang stabil serta kebimbangan peniaga terhadap potensi kekurangan getah berikutan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar utama.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dapat dikekang oleh pengukuhan kecil nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila para peniaga menunggu pengumuman data ekonomi utama AS pada minggu ini,” katanya kepada Bernama.

Memetik kenyataan seorang pedagang berpangkalan di Singapura, beliau berkata kelompok pedagang juga mengambil pendirian berdasarkan perbincangan mengenai pasaran berhubung pergerakan stok simpanan China yang juga pengguna utama, sekali gus mendorong prestasi di Bursa Niaga Hadapan Shanghai.

Di peringkat tempatan, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 naik tujuh sen kepada 801 sen sekilogram manakala lateks pukal berkurangan enam sen kepada 751.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 802.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 745 sen sekilogram.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version