Saya akan kaji dan putuskan dalam tempoh 21 hari – Johari

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri.

Jelas beliau, keputusan berhubung kedudukan wakil rakyat berkenaan akan diputuskan dalam tempoh 21 hari selepas menerima notis tersebut.

“Saya baharu dapat surat dari Beluran (Datuk Seri Ronald Kiandee) pada Jumaat lalu dan mengikut undang-undang saya ada 21 hari untuk mengkaji.

“InsyaAllah apabila saya sudah ada keputusan, saya akan jawab dan panggil anda semua untuk beritahu.

“Jadi tolong bersabar. InsyaAllah saya ada 21 hari untuk mengkajinya,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pameran Seni Sempena Ulangtahun ke-55 Hubungan Diplomatik Malaysia- Romania, hari ini.

Pada Khamis lalu, Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta agar enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.

Menurut Ronald yang juga Ketua Whip Bersatu, sebagaimana Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan perenggan 3, Speaker Dewan Rakyat perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dalam masa 21 hari selepas notis diterima.

Minggu lalu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan berkuat kuasa 19 Jun.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun lalu menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang hilang keanggotan Bersatu.

Selain Mohd Azizi, lima lagi adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) Dan Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...