Johor semakin hampir menoktahkan miskin tegar – Onn Hafiz

Date:

JOHOR BAHRU: Johor berjaya menurunkan jumlah keluarga miskin tegar daripada 4,378 Ketua Isi Rumah (KIR) kepada hanya 359 KIR, di antara Mac tahun lalu sehingga awal bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata jumlah miskin tegar di negeri ini menunjukkan penurunan sebanyak 92 peratus dalam tempoh berkenaan.

“Pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri dan Persekutuan bagi memastikan sifar miskin tegar di Johor menjadi satu realiti.

“Antara inisiatif itu termasuk Program Keluarga Angkat, Dapur Kasih Johor, yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah, bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan, latihan dan pendidikan.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan atas segala usaha dan gerak kerja yang dilakukan oleh semua Ahli Dewan Negeri (ADUN) Johor; Pejabat-Pejabat Daerah; Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ); Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); Ahli-Ahli Majlis; Ketua-Ketua Kampung; Penghulu dan semua agensi yang terbabit.

“Insya-Allah Johor akan terus berusaha untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 19 Mei lalu, kerajaan Johor dilapor menegaskan negeri itu tidak sepatutnya mempunyai rakyat yang masih dibelenggu kemiskinan tegar.

Onn Hafiz dilaporkan berkata, sejumlah RM657 juta diperuntukkan bagi memperkasa dan membantu golongan memerlukan di negeri ini tahun lalu.

Sebuah jawatankuasa khas juga sudah ditubuhkan di Johor tahun lalu bagi memutihkan data miskin tegar secara besar-besaran.

Pada 9 Mei lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail ketika merasmikan pembukaan rasmi Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15 menitahkan supaya tiada seorang pun ketua isi rumah bangsa Johor yang berstatus miskin tegar selepas 2025.

Baginda dilaporkan bertitah, semua ADUN Johor perlu mencari dan mengenal pasti golongan terbabit di kawasan masing-masing dalam tempoh 19 bulan akan datang dan menyalurkan segala bantuan yang diperlukan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version