Setiap permohonan warganegara akan melalui tapisan yang ketat – Saifuddin

Date:

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan semua permohonan membabitkan kewarganegaraan akan melalui tapisan yang sangat ketat.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tapisan itu termasuk oleh pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Insya-Allah janji saya tetap sama iaitu untuk segera membuat keputusan kepada pemohon yang layak serta melepasi segala prosedur yang telah di tetapkan oleh KDN. Doakan supaya dipermudahkan,” katanya dalam hantaran di akaun X.

Hantaran itu turut memaparkan beliau sedang menyemak semula segala dokumen penting termasuk permohonan kewarganegaraan di pejabatnya.

“Saya tahu baru-baru ini terdapat isu berhubung kewarganegaraan yang cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version