Sekretariat ASEAN beri sokongan penuh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN

Date:

KUALA LUMPUR: Sekretariat ASEAN bersedia untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Komitmen itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn, dalam satu pertemuan dengan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Chang Lih Kang di Siem Reap, Kemboja pada Khamis, menurut laman rasmi X ASEAN.

“Setiausaha Agung turut memuji Malaysia atas komitmen teguh untuk mempertingkatkan ekosistem pemula di ASEAN,” menurut kenyataan itu.

Pertemuan Kao dan Chang diadakan di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ASEAN ke-20 (AMMSTI-20) di Siem Reap.

Malaysia akan mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Laos tahun depan.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version