KPDN Labuan berjaya rampas 80,000 liter diesel

Date:

LABUAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan berjaya merampas 80,000 liter minyak diesel yang dipercayai cuba diseleweng dalam operasi di Jeti Jalan Merdeka, di sini. 

Pengarah KPDN Labuan Junaidah Arbain berkata, kesemua minyak diesel bersubsidi itu ditemukan di dalam empat tangki di atas sebuah kapal dengan nilai sitaan keseluruhan berjumlah RM320,000.

Katanya, operasi serbuan ‘Op Tiris’ itu dijalankan kira-kira jam 11 pagi.

“Seorang lelaki warga emas berumur 70 tahun yang dipercayai kru kapal berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat menerusi Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan tanpa kebenaran pengawal.  

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman didenda tidak melebihi RM1 juta,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Junaidah berkata, bagi kesalahan berikutnya, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

“Bagi syarikat pula, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version