Jawatankuasa CEDAW atasi diskriminasi terhadap wanita akan ditubuhkan

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menubuhkan Jawatankuasa Pelan Tindakan Pasca Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw) pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ia bertujuan merekodkan situasi sebenar wanita di dalam negara dan dasar yang dikemas kini bagi mempersiapkan delegasi Malaysia ke Cedaw pada masa akan datang.

“Selepas Cedaw, kita ada pemerhatian rumusan jadi kita dapat melihat apa yang perlu ditangani, kita perlu aturkan strategi, jadi dengan adanya Pelan Tindakan Pasca Cedaw ini, ia akan memberi kemudahan untuk kita merekodkan maklumat dari semasa ke semasa,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan dibarisi wakil 12 kementerian yang berkaitan dan dijangka mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali dalam setahun.

Pada 18 Mei lalu, Nancy mengetuai delegasi Malaysia menghadiri sesi dialog pembentangan laporan berkala Cedaw keenam dari 18 hingga 26 Mei di Geneva, Switzerland.

Tujuan utama Cedaw ialah menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dalam bidang politik, ekonomi, sosial serta budaya dan penerimaan Malaysia terhadap konvensyen itu adalah dengan pemahaman bahawa peruntukannya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang syariah. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...