Notis kekosongan kerusi akan dihantar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Date:

KUALA TERENGGANU: BERSATU akan menghantar notis kekosongan kerusi, selepas keahlian enam Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) digugurkan dari parti secara automatik, akhir bulan lalu.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata notis kekosongan itu akan dihantar oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dalam tempoh terdekat.

Katanya, kerusi Parlimen itu kosong selepas enam Ahli Parlimen BERSATU menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala ADUN Selat Klang menyokong Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Notis kekosongan kerusi kepada Johari akan dihantar selepas enam Ahli Parlimen berkenaan gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan.

“Notis kekosongan kerusi Parlimen itu bertepatan dengan pindaan ke atas Fasal 10, Perlembagaan BERSATU yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Enam Ahli Parlimen itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Dr Zulkafperi Hanapi dan ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, sebelum ini dimaklumkan sudah terhenti secara automatik keahlian parti, selepas mereka menyertai kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu berkata, notis kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Selat Klang juga akan dihantar kepada Yang Dipertua DUN Selangor, Lau Weng San.

Katanya, kerusi itu kosong selepas Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, serta gagal menjawab surat taat setia kepada parti dalam tempoh ditetapkan.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil (PRK) enam kerusi dan DUN yang kosong, Razali berkata, speaker dan Yang Dipertua DUN akan memaklumkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya semula diadakan.

“Kita serahkan tanggungjawab itu kepada Speaker dan Yang Dipertua DUN untuk memaklumkan kekosongan kerusi bagi membolehkan PRK diadakan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version