PM Anwar ke Sabah dan Labuan hari ini

Date:

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.

Anwar yang tiba di Kota Kinabalu lewat malam tadi, dijadualkan memulakan lawatannya dengan menghadiri Majlis Penutup Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Penampang.

Hari ini merupakan hari penutup bagi Pesta Kaamatan dengan sambutan telah bermula dengan majlis pembukaan di Ranau pada 1 Mei, pesta menuai yang kini berevolusi menjadi pesta perpaduan disambut masyarakat berbilang latar belakang di Sabah, juga seluruh negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan dan Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dijadual hadir pada majlis itu.

Perdana Menteri kemudiannya dijadual menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kapayan di sini sebelum bertolak ke Labuan.

Di Labuan, Anwar dijadual menghadiri Sesi Santai Komuniti di Jeti Terminal RORO Feri Kenderaan bagi menyantuni penduduk di kawasan itu.

Perdana Menteri mengakhiri lawatannya dengan menghadiri Sesi Taklimat Smart Labuan City di Wisma Perbadanan Labuan. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version