UK perlu iktiraf Palestin dan henti penjualan senjata kepada Israel – Menteri Pertama Scotland

Date:

EDINBURGH: Menteri Pertama Scotland, John Swinney berpendapat, United Kingdom (UK) perlu mengikut langkah Ireland, Sepanyol dan Norway untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Beliau juga mahu UK henti penjualan senjata kepada Israel.

“Kita berdepan krisis kemanusiaan di Gaza. Ia sudah berlarutan selama beberapa bulan dan ia mencapai satu tahap yang tidak boleh dibayangkan.

“Apa yang penting adalah untuk menguatkuasakan gencatan senjata dengan segera. Bencana ini perlu dihentikan. Kita perlu menghentikan penjualan senjata. Kita perlu mengambil langkah untuk menstabilkan situasi.

“United Kingdom juga perlu menyertai negara-negara Eropah yang lain seperti Ireland dan Sepanyol untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara bebas,” katanya.

Sepanyol, Ireland dan Norway secara rasmi menyertai 144 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Langkah itu dialu-alukan pihak berkuasa Palestin atau Palestinian National Authority, yang mentadbir Tebing Barat.

Israel bagaimanapun mengecam tindakan itu dan mendakwa ia umpama memberi kelebihan kepada Hamas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version