PENGASAH akan meluaskan dan mempelbagaikan aktiviti perniagaan

Date:

KOTA KINABALU: Persatuan Nelayan Negeri Sabah (PENGASAH) dalam usaha untuk mempelbagaikan aktiviti perniagaan untuk manfaat para ahlinya.

Pengerusi PENGASAH Datuk Seri Dr Arsit Sedi berkata, pihaknya mahu meluaskan perniagaan berbanding kini keuntungan hanya berasaskan penjualan minyak diesel serta hasil tangkapan ikan.

“Banyak perniagaan yang dirancang untuk kepentingan PENGASAH, salah satunya ialah, pusat pendaratan ikan di Sabah yang seluas lebih 20 ekar di Sandakan.

“Kemudahan ini berpotensi dijadikan hab penangkapan ikan air dalam dan pelabur dari China turut berminat untuk melabur sekali gus membangunkan kawasan itu,” katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PENGASAH ke-27, 2024 di sini, semalam.

Selain itu katanya, untuk bekalan minyak diesel, pihaknya sedang merancang untuk mendapatkan dari sumber lain seperti dari Port of Singapore yang mana hanya menjual RM8 sehingga RM10 seliter.

Katanya, PENGASAH mampu memperolehi keuntungan dari usaha ini walaupun kerajaan memutuskan untuk menarik subsidi diesel.

Menurutnya, pelbagai lagi idea perniagaan akan dilaksanakan seperti mahu wujudkan Hab Halal di sini yang mana terdapat empat wilayah di China berminat dengan usaha berkenaan.

Arsit berkata, antara lain usaha yang bakal dilakukan adalah setiap Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) akan dibekalkan empat sangkar untuk memelihara bibit-bibit ikan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

“Kita juga mahu mengusahakan sendiri pengangkutan minyak ini…kita juga mahu mewujudkan agro pelancongan khususnya dari segi penginapan atau inap desa.

“Kemudahan ini mampu meningkatkan pendapatan kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Muhammad Faiz Fadzil ketika merasmikan majlis itu berkata, pihaknya mahu memberikan jaminan bahawa tiada gangguan dari segi membekalkan minyak diesel kepada para pengusaha nelayan.

“Sekiranya wujud gangguan, keadaan ini akan menjejaskan pendapatan nelayan. Saya mahu PENGASAH menjual minyak dalam keadaan yang baik dan elakkan daripada wujud ketirisan.

“Sekiranya ada masalah, selesaikanlah dengan baik,” katanya.

Ketika ditemui, Muhammad Faiz berkata, beliau mahu semua persatuan nelayan di Sabah khususnya PENGASAH agar menguatkan minda untuk mempelbagaikan projek ekonomi.

“Saya mahu anda semua terlibat dalam industri hiliran dan pada ketika ini saya masih tidak nampak persatuan nelayan di Sabah terlibat dalam industri berkenaan.

“Berbanding di Semenanjung dan Sarawak, mereka sudah terlibat dalam industri hiliran, kita tidak hanya boleh bergantung dengan hasil pendapatan dari ikan” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version