Lantikan ini merupakan taklif bukannya tashrif – Mustapha Sakmud

Date:

KOTA KINABALU: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baharu Datuk Mustapha Sakmud berkata beliau menerima lantikan itu sebagai ‘taklif’ atau tanggungjawab dan bukan ‘tashrif’ atau keistimewaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu berkata perubahan kepimpinan di peringkat negeri menzahirkan nilai parti yang sentiasa membudayakan amalan demokrasi di samping menyantuni dan mengangkat kearifan tempatan.

“Kini tiba masanya untuk PKR Sabah fokus memperjuang hak rakyat Sabah dalam kerangka gagasan Malaysia MADANI yang selari dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

“Saya menyeru pucuk pimpinan parti di seluruh Sabah untuk merapatkan saf perjuangan dan berpadu di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bagi mengangkat martabat rakyat serta negara yang tercinta,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil dalam kenyataan malam tadi mengumumkan perlantikan Mustapha manakala penyandang jawatan itu sebelum ini, Datuk Dr Sangkar Rasam, adalah antara yang dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti yang baharu.

Sementara itu, Mustapha berkata PKR Sabah akan terus memberi komitmen untuk memastikan kestabilan politik Negeri Di Bawah Bayu sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Beliau berkata konvensyen khas PKR Sabah dan program pemantapan jentera akan diadakan dalam masa terdekat secara berkala sebagai persediaan menghadapi pilihan raya negeri.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version