Home Berita To Lam Presiden Vietnam yang baharu

To Lam Presiden Vietnam yang baharu

0

HANOI: Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Terdahulu, Perhimpunan Kebangsaan Vietnam secara rasmi meluluskan resolusi mengenai pemilihan Lam, ahli Politbiro dan Menteri Keselamatan Awam sebagai Presiden bagi tempoh 2021 hingga 2026.

Beliau dalam ucapan pertama sebagai Presiden berjanji untuk setia kepada tanah air, rakyat dan Perlembagaan serta melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas yang diberikan oleh parti, negara dan rakyat.

-BERNAMA

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Exit mobile version