Kedai makan 24 jam antara punca utama obesiti harus dibuktikan secara empirikal – Dr Dzulkefly

Date:

Share post:

PUTRAJAYA: Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata sebarang dakwaan bahawa kedai makan 24 jam turut menjadi punca utama obesiti di Malaysia harus dibuktikan secara empirikal iaitu melalui kajian yang objektif dan menyeluruh.

“Menutup kedai makan 24 jam tidak menjamin pengguna tidak akan mencari alternatif.

“Ia harus mengambil kira keseluruhan sumber makanan yang mudah didapati di Malaysia seperti mi segera dan makanan berkelah,” katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Sulaman Kasih di Aidilfitri anjuran Kementerian Perpaduan Negara di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menggesa kedai makan dilarang beroperasi 24 jam bagi membantu mengurangkan masalah kesihatan dan obesiti di negara ini.

Dr Dzulkefly berkata setiap individu bertanggungjawab ke atas tabiat pemakanan dan gaya hidup masing-masing.

“Sebarang perubahan tingkah laku individu memerlukan tahap kesedaran dan literasi kesihatan yang tinggi, namun di Malaysia satu daripada tiga individu mempunyai tahap literasi kesihatan yang rendah,” katanya.

Dr Dzulkefly berkata cadangan CAP berkaitan penutupan kedai makan 24 Jam akan diperhalusi termasuk sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan agar isu itu dapat dicerakin secara menyeluruh dan syor penyelesaian mempunyai hala tuju serta keberhasilan yang jelas.

“Kertas cadangan akan disediakan untuk penelitian dan tindakan seterusnya oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

Beliau turut menjelaskan terdapat keperluan mendesak untuk kumpulan yang bergantung kepada perkhidmatan kedai makan 24 jam seperti petugas barisan hadapan antaranya polis, bomba, doktor,jururawat dan petugas keselamatan.

“Menghentikan perkhidmatan secara pukal akan menyebabkan kesukaran kepada mereka,” katanya.

-BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

PDRM mahu bina PULAPOL serba moden di Sabah

PDRM dalam rancangan jangka panjang akan memindahkan PULAPOL Kota Kinabalu ke satu kawasan di Tuaran yang mana tapak bagi pembinaannya sudah dikenal pasti dan kita hanya menunggu bajet dari kerajaan bagi merealisasikan rancangan ini

JAKIM pertimbang cadangan untuk wajibkan sijil halal bagi restoran

Apabila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal, beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda

Kerajaan Sabah tubuh Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan

Keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa khas ini adalah disebabkan oleh kes-kes meluas kanak-kanak yang dilahirkan di Sabah tanpa dokumen dan kad pengenalan (IC) yang menyebabkan mereka menghadapi masalah seperti pergi ke sekolah. Selalunya, perkara ini disebabkan oleh kecuaian ibu bapa mereka

Keunikan Sabah dari sudut perpaduan perlu dipertahankan

Ini adalah aset yang sangat penting khususnya di Sabah dan hasil kepelbagaian ini lah yang menyumbang dalam membangunkan negeri ini serta turut membantu dalam mengekalkan keamanan