Hubungan sedia ada Australia dengan Sabah akan diperkukuh – Simon Fellows

Date:

KOTA KINABALU: Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.

Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Simon Fellows berkata, Sabah dan Australia mempunyai hubungan yang sangat lama dan kukuh.

Sehubungan itu katanya, kerajaan Australia memberi tumpuan utama kepada usaha untuk mengukuhkan perniagaan di Asia Tenggara, Malaysia dan tentunya Sabah.

“Sabah juga mempunyai daya tarikan pelancongan yang bertaraf dunia,” katanya ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini hari ini.

Simon berada di Sabah bagi menghadiri acara tahunan Sambutan Hari Anzac di Sandakan pada Khamis.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Sabah mengamalkan dasar pintu terbuka untuk pelabur datang ke negeri ini.

“Australia dialu-alukan untuk melihat peluang perniagaan di Sabah serta bidang pembangunan yang menjadi tumpuan kerajaan untuk meneroka potensi ekonomi negeri,” katanya.

Pada kunjungan itu, Simon diiringi oleh Penolong Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Michael Edward; Setiausaha Pertama Michelle Hugh dan Konsul Kehormat Australia di Sabah Datuk Andrew Sim.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version