‘Dah tayang, kena bayar’ – Fahmi

Date:

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil akan mengambil langkah ‘lunak’ terlebih dulu dengan meminta Ketua Setiausahanya (KSU), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk meneliti dan mengadakan perbincangan mengenai sikap sesetengah stesen TV yang mengambil kesempatan dengan tidak membayar kepada penerbit dan artis walaupun karya mereka sudah ditayangkan.

Sikap tidak bertanggungjawab itu sekali gus memberi kesan kepada pembayaran balik dana pinjaman oleh pihak syarikat produksi kepada institusi kewangan, My Creative Ventures Sdn Bhd.

“Kadang-kadang, tak ada aspek yang jelas mengapa pihak saluran-saluran ini enggan membuat pembayaran. Ada beberapa pihak yang sudah mengadu kepada saya dan saya dah minta Datuk KSU untuk meneliti apa tindakan yang boleh diambil.

“Sebabnya, ia mendatangkan kesan apabila pengkarya meminjam dan mendapat dana daripada MCV, pinjaman itu menghasilkan karya dan sudah ditayangkan, tapi tak dibayar.

“Aspek ini saya rasa ada perkara yang culas dan perlu diteliti segera kerana memberi kesan kepada MCV dan Kementerian Kewangan,” katanya ketika ditemui di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), di sini, hari ini.

. Menurut Fahmi, tindakan seterusnya akan diambil selepas mendapat hasil perbincangan.

“Kita ada banyak perkara yang boleh dilakukan. Saya nak mulakan dengan cara yang lunak dengan meminta beliau mengadakan perbincangan. Selepas itu, barulah kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Menurut Fahmi, sikap tidak bertanggungjawab ini dianggap melampaui batas dan ingin isu ini diselesaikan segera.

“Ada kawan-kawan yang mengadu kepada saya, sebelum ini mendapat pinjaman melalui MCV, menghasilkan karya untuk satu-satu saluran. Tetapi, didapati saluran itu tidak membayar kepada artis-artis kita. Bagi saya, ini sudah melampau. Saya minta maaf.

“Ada beberapa saluran ini sudah mendapat dan menayangkan kandungan itu dan atas sebab tertentu mereka tak mahu bayar. Mereka sudah melanggar batasan sebab bagi saya, mereka sudah mengabaikan tanggungjawab.

“Kerana, kawan-kawan kita dalam industri seni ini menghasilkan karya-karya ini, kalau tidak mendapat bayaran akan ada kesan kepada pinjaman daripada Kementerian Kewangan.

“Saya dah tak mahu kumpulan-kumpulan ini yang mengambil kesempatan sebab sementara kita dapat berikan bantuan,” katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082955/dah-tayang-kena-bayar-fahmi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...

Tangisan Banjaran: Tragedi UPSI di Gerik dan Takziah Buat Negara

Pada pagi 9 Jun 2025, negara sekali lagi diselubungi duka. Tragedi yang meragut 15 nyawa mahasiswa Universiti Pendidikan...

Pasca Mahathir dan Politik Perkauman: Melayu Tidak Lagi Mahu Diselamatkan, Mereka Mahu Dimajukan

“Yang lemah bukan Melayu. Yang lemah ialah pemimpin yang terus menggunakan Melayu sebagai alasan untuk mengekalkan kuasa.” Tun Dr....
Exit mobile version