Nohtahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun rumit – Anwar

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan diketuai beliau dengan kerajaan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.

Beliau berkata usaha juga perlu dilakukan termasuk membawa masuk lebih banyak pelaburan selain pelbagai inisiatif dilaksana bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah sekali gus memacu ekonomi di negeri ini.

“Kita mahu pacu pertumbuhan, kita mahu pelaburan datang, hotel-hotel kita penuh dengan pelancong…kita punya tanggungjawab moral miskin tegar harus dinoktahkan di seluruh negara kita termasuk di Sabah sendiri,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Kebangsaan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Hajiji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Pembasmian kemiskinan agenda utama kerajaan – Zahid

kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas

Sebanyak 53 projek Tamu Desa dilaksanakan di Sabah – Ewon

KUSKOP sentiasa komited untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi membantu peniaga-peniaga kecil di desa dan luar bandar Sabah dan Sarawak

Kerajaan Sabah setuju pelarasan gaji penjawat awam negeri selaras SSPA

pelarasan gaji itu adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan negeri terhadap sumbangan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan pekerja sambilan harian kepada agenda pembangunan negeri

Trend pertumbuhan hutang Kerajaan Persekutuan menurun kepada 7.5 peratus

Pinjaman kasar Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM112.5 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2024 adalah lebih rendah berbanding RM128 bilion bagi tempoh sama pada 2023