2 bot bersama 12 nelayan Vietnam ditahan kaut hasil laut negara

Date:

Share post:

KUDAT: Dua bot bersama 12 nelayan Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas mengaut hasil laut tanpa kebenaran di perairan Pulau Sibongkar Laut, di sini, semalam.

Dua bot berkenaan ditahan pada kedudukan masing-masing 5.2 dan 4.4 batu nautika timur laut pulau terbabit selepas dikesan aset ronda Zon Maritim Kudat ketika rondaan Op Khas Pagar Laut.

Pengarah Maritim Zon Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, pemeriksaan mendapati 12 warga Vietnam berusia lingkungan 23 hingga 53 tahun itu mengendalikan bot tanpa sebarang dokumen pengenalan diri sah.

“Pemeriksaan lanjut menemukan kira-kira 20 kilogram (kg) balat (timun lat) basah dipercayai ditangkap bersama peralatan menangkap balat yang diperbuat daripada besi.

“Turut ditemui kira-kira 600 liter diesel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tangkapan bersama barangan rampasan termasuk bot dianggarkan lebih RM3.5 juta diserahkan kepada pegawai penyiasat.

Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...