PM mahu Malaysia dan Republik Kyrgyz lebih akrab : Banyak peluang menanti

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.

Beliau berkata banyak peluang terbuka untuk diteroka dalam hubungan antara Malaysia dengan negara berkenaan, terutamanya dalam memperkukuh hubungan dagangan dan pelaburan dua hala.  

Anwar memaklumkan telah menerima kunjungan daripada Menteri Luar Negeri Republik Kyrgyz, Zheenbek Kulubaev di pejabatnya semalam. 

“Saya yakin bahawa lawatan ini akan membuka ruang bagi kolaborasi dan mencetus kerjasama yang lebih substantif antara kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook hari ini. 

Selain itu, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap jemputan Presiden Republik Kyrgyz untuk melawat negara itu pada Mei. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...