3.10 peratus agihan keuntungan TH – Dr Mohd Na’im

Date:

Share post:

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2023 kekal sebanyak 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.

“Agihan keuntungan 2023 dibuat setelah penyata kewangan TH tahun 2023 selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan telah mengambil kira rosot nilai.

“Terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi dan pelaburan hartanah United Kingdom (UK).

“Agihan keuntungan bagi tahun 2023 juga mematuhi Akta Tabung Haji 1995,” katanya pada sidang media pengumuman agihan keuntungan TH hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...

Kebangkitan Rakyat Eropah: Gelombang Nurani yang Menyala untuk Palestin

Beberapa hari kebelakangan ini, jalan-jalan utama di kota-kota besar Eropah menjadi saksi kepada sesuatu yang luar biasa —...