Empangan Pulau Sebatik mula menakung air – Shahelmy

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Empangan Pulau Sebatik di Tawau yang sebelum ini dilaporkan kering akibat kemarau berpanjangan, kembali menakung air selepas menerima hujan menerusi operasi pembenihan awan sejak Khamis lalu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata walaupun masih pada paras minimum, loji rawatan air (LRA) yang memproses air empangan itu sudah boleh beroperasi semula dengan kapasiti 0.3 juta liter sehari (MLD).

Perkembangan itu memberi sedikit kelegaan kepada penduduk Sebatik kerana pulau itu adalah kawasan yang berdepan masalah air kritikal akibat kemarau di Sabah sejak awal tahun ini, selain daerah Papar yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana pada 13 Mac lalu.

“Pembenihan awan tiga hari hingga Sabtu (semalam) menunjukkan kejayaan 67 peratus bagi dua hari operasi berikutan ada hujan di Lahad Datu, Tawau dan Papar serta Kota Kinabalu.

“Tapi, di Pulau Sebatik kita sudah nampak kesannya apabila empangan yang kering sebelum ini berisi semula dan LRA dapat berfungsi dalam keadaan minimum 0.3 MLD,” katanya.

Bagaimanapun, katanya Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) masih meneruskan agihan air menerusi sumber air bawah tanah menggunakan lori tangki kepada penduduk Pulau Sebatik memandangkan air terawat yang dapat disalurkan ketika ini masih pada tahap minimum.

Berdasarkan laporan setakat 17 Mac lalu, empangan di Pulau Sebatik adalah satu-satunya fasiliti takungan air yang kering akibat kemarau di Sabah manakala empangan lain dilaporkan mampu bertahan antara sebulan hingga sembilan bulan.

Takungan air terbabit ialah Empangan Sepagaya di Lahad Datu, mempunyai baki simpanan air yang mampu bertahan selama 39 hari, diikuti Empangan Telibong, Tamparuli (64 hari), Empangan Babagon, Penampang (86 hari) dan Empangan Betotan, Sandakan (95 hari).

Hanya Empangan Milau di Kudat mempunyai baki simpanan air mentah yang mampu bertahan lebih lama iaitu selama 271 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)