Tuai hasil padi dalam polibeg selepas 3 bulan

Date:

Share post:

KOTA TINGGI:FELDA Air Tawar 3, di sini, menanam padi dalam polibeg yang hasilnya boleh dituai selepas tiga bulan.

Hamson Sariman, 68, menanam 300 pokok padi secara berperingkat di sekeliling rumahnya selepas melawat Sekinchan, Selangor dan Perlis, antara pengeluar padi di negara ini pada tahun lalu.

“Selepas melihat proses menanam padi, saya mula terfikir untuk tanam padi di rumah dengan permulaan menggunakan 200 gram benih yang diberikan seorang kenalan dari Kedah.

“Awalnya saya memang hendak beli, tetapi kenalan memberi secara percuma dan bantu saya dari segi cara penanaman dari awal hingga sekarang,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Hamson yang juga Ketua Blok Peringkat 2, Blok 7 FELDA Air Tawar 3, tanaman itu diusahakan bersama isteri, Rosni Mohd Yusof, 67, sejak akhir tahun lalu.

Katanya selepas tiga bulan, 20 polibeg pokok padi miliknya sudah boleh dituai yang menghasilkan kira-kira dua kilogram beras.

“Pada permulaan saya mengeluarkan modal kira-kira RM200 untuk membeli peralatan dan kelengkapan bagi proses penanaman padi. Saya dan isteri memang suka tanam pokok bunga untuk mengisi masa lapang, tetapi tidak menyangka akan tanam padi di rumah sendiri.

“Bila tanaman padi saya ini tular di Facebook, ramai datang ke rumah untuk melihat pokok padi saya, ada juga yang datang dari luar daerah.

“Ada juga pihak FELDA, agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang dan lain-lain datang ke rumah kerana tertarik dengan padi yang ditanam. Saya jadi seronok kerana usaha saya ini dihargai,” katanya.

Pada perancangan akan datang, bapa tiga anak ini mahu menanam lebih banyak padi, tetapi mempunyai kekangan dari segi ruang.

“Saya amat mengalu-alukan sekiranya penduduk berminat untuk menanam padi. Landskap sekeliling rumah bukan sahaja cantik menghijau tetapi hasilnya boleh dimakan untuk seisi keluarga,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...