Tubuh Jabatan baharu berteraskan teknologi siber – Razarudin Husain

Date:

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menubuhkan jabatan baharu berteraskan teknologi siber dengan memberi fokus kepada cabaran jenayah digital dan teknologi yang semakin kompleks. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata PDRM berharap kerajaan mempertimbangkan hasrat tersebut agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara.

Beliau berkata teknologi digital telah mengubah revolusi dunia dan landskap kehidupan seharian malah menyumbang kepada kepelbagaian trend jenayah baharu, termasuklah penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“Tugas dan tanggungjawab PDRM dalam konteks jenayah kini semakin mencabar dan kompleks. Untuk itu, dalam usaha memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan, PDRM perlulah mempersiapkan jabatan dengan aset dan peralatan seiring dengan kemajuan teknologi kepolisan moden,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Peringatan Hari Polis ke-217 disambut warga PDRM di seluruh negara merangkumi setiap Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Sambutan di PULAPOL diadakan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version