Baik pulih IPD dan perumahan PDRM seluruh negara perlu siap sebelum akhir tahun – Anwar

Date:

Kuala Lumpur: Perdana Menteri mengarahkan supaya kerja pembaikan dan baik pulih Ibu Pejabat Polis Daerah serta perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara disegerakan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia perlu siap sebelum akhir tahun ini demi keselesaan pasukan keselamatan dan keluarga mereka.

“Terdapat perumahan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sudah berusia lebih 30 tahun dan kekal dengan keadaan usang sedangkan kita berlawan dalam soal jenayah siber, komersial, teknologi dan perjudian tapi pejabat masih berusia 30-an.

“Kita (kerajaan) cuba sedaya upaya perbaiki tahun ini.

“Ini kali pertama peruntukan untuk perbaiki perumahan polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) besar-besaran dalam sejarah,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama suami, Datuk Zamani Ibrahim; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan isteri, Datin Seri Norhayati Musa; serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Hadir sama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain; dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Terdahulu, Anwar dalam Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukan RM2.4 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam termasuk yang diduduki warga PDRM.

Justeru, Anwar menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyegerakan projek pembaikan terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Sabah dan Politik Warlord: Demokrasi Dibelenggu, Negeri Terus Terikat

Di celah gemuruh perjuangan autonomi, suara pembangunan luar bandar, dan retorik kemajuan rakyat, tersembunyi satu kebenaran yang pahit...

Hajiji Beri Bayangan Pembubaran DUN Selepas Perhimpunan Gagasan Rakyat

Nampaknya pertembungan politik di Sabah semakin tajam menjelang kemungkinan PRN ke-17. Kenyataan Hajiji yang menyokong pandangan Armizan agar...

Daya Tahan Bukan Soal Tak Jatuh, Tapi Soal Berapa Kali Sanggup Bangkit Selepas Jatuh

Hidup ini bukan pentas untuk manusia sempurna. Ia bukan jalan yang rata, tidak juga bebas dari luka dan...

SST Diperluas: Antara Harapan, Ketelusan dan Tanggungjawab Negara

Ketika dunia masih bergelut dengan kesan pasca pandemik, inflasi makanan, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia sedang...
Exit mobile version