10 rumah musnah terbakar, 17 keluarga diuji dalam bulan ramadan

Date:

Seramai 65 isi rumah daripada 17 keluarga diuji pada Ramadan apabila 10 rumah mereka di Kampung Muhibbah, Likas di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika beberapa keluarga baru sahaja terjaga untuk menyediakan juadah bersahur sekitar jam 3 pagi.

Mangsa kebakaran, Azwan Mailan, 37, berkata ketika kejadian dia terjaga untuk bangun bersahur namun terasa panas.

“Ingat disebabkan cuaca panas, lalu saya bangun dan melihat api marak di bahagian depan rumah.

“Tanpa berlengah, saya segera mengejutkan isteri dan adik beradik lain untuk keluar rumah. Tiada apa yang dapat diselamatkan semuanya musnah. Rumah bapa dan abang saya juga turut musnah,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Hamsa Isnurdini berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada jam 3.11 pagi.

“Kebakaran membabitkan 10 rumah jenis separuh kekal terbakar sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi terkawal jam 4.16 pagi.

“Operasi ditamatkan jam 6.49 pagi dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version