Pusat Zakat Sabah terima RM277,667.16 zakat perniagaan daripada SEDCO

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyerahkan zakat perniagaan secara berkelompok berjumlah RM277,697.16 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah (PZS)

Antara Syarikat Kumpulan SEDCO yang menyerahkan zakat perniagaan ialah SEDCO sebanyak RM200,000.00, Perkasa Realty Sdn Bhd (RM30,000.00), IIB Insurance Brokers Sdn Bhd (RM30,000.00) dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd membayar haul Perniagaan sebanyak RM17,697.16.

Penyampaian akad dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali bersama Ketua Bahagian Zakat, Iwansuzairie Hari.

Akad Zakat Perniagaan SEDCO bagi tahun 2023 dilafazkan oleh Timbalan Pengurus Besar Kumpulan SEDCO, Azrul Ahmad dan disaksikan oleh Timbalan Pengerusi SEDCO Datuk Seri Dr. Arsit Sedi.

Sementara itu, akad bagi syarikat kumpulan masing-masing dibaca oleh Pengurus Besar (PB)/CEO Mat Saidi Minting- PB PRSB, Tuah Tahir – PB IIB, Abd Rahim Mohd Zain- PB SVH.

Turut diadakan penyampaian sumbangan untuk aktiviti dan kelengkapan berupa RM1,000.00 kepada masjid, rumah Kebajikan dan persatuan terpilih di negeri ini.

SEDCO juga menyampaikan sumbangan berupa baju dan duit raya kepada anak yatim, mualaf serta golongan asnaf.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...