Dr Dzulkefly sedang dirawat akibat gejala ‘renal colic’

Date:

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi tadi berikutan disyaki mengalami gejala renal colic.

Bagaimanapun, kenyataan Kementerian Kesihatan, yang dikeluarkan hari ini tidak menyebut hospital yang dirujuk itu.

Ia sekadar memaklumkan menteri itu berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Menteri Kesihatan telah dirujuk ke jabatan kecemasan pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

“Beliau kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” petik kenyataan itu.

Renal colic adalah satu bentuk sakit pinggang yang teruk secara tiba-tiba yang biasanya berasal dari sudut costovertebral dan memanjang ke anterior dan inferior ke arah pangkal paha atau testis.

Ia sering disebabkan oleh halangan akut saluran kencing oleh kalkulus dan sering dikaitkan dengan loya dan muntah. Ia boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit di bahagian kiri atau kanan pinggang, bahagian bawah belakang badan atau abdomen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Related articles

Bila Pendidikan Hilang Jiwa

Kita sedang menyaksikan zaman di mana sekolah tidak lagi menjadi tempat paling selamat di dunia seorang anak.
 Dulu,...

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...
Exit mobile version