Penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah beri manfaat kepada kemajuan negeri

Date:

Share post:

KOTA KINABALU : Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk memindahkan kuasa mengawal selia bekalan gas di negeri ini kepada Kerajaan Sabah merupakan satu tindakan yang bermanfaat khususnya kepada kemajuan dan ekonomi negeri ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Lahirul Latigu berkata, ia juga merupakan satu langkah terbaik dalam merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Di pihak kita khususnya AMANAH Sabah sangat mengalu-alukan keputusan itu dimana ini juga merupakan aspirasi kerajaan Sabah yang telah memperjuangkan isu ini dan sudah tentu ini juga memberi kebaikan untuk rakyat negeri ini.

“Saya juga bersetuju bahawa Sabah sewajarnya berhak untuk mengawal dan mengurus sumber minyak dan gas di negeri ni secara sendiri tanpa diganggu oleh pihak luar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rabu lalu, Jemaah Menteri bersetuju untuk memindahkah kuasa mengawal selia bekalan gas di kawasan Sabah kepada Kerajaan Negeri.

Perkara itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dimana tarikh pelaksanaan bagi pemindahan kawal selia itu akan dibuat selepas beliau mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sejurus mendapat perkenan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan mengadakan persidangan khas untuk melulus dan mewartakan usul negeri Sabah berkaitan perbekalan gas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

RM75.5 juta bantuan pendidikan diperuntukkan tahun ini untuk laksanakan 13 inisiatif – KM Hajiji

Semua ini adalah selaras dengan dasar kerajaan negeri seperti termaktub dalam Dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bahawa kita terus komited menjadikan pendidikan sebagai teras utama pembangunan modal insan di negeri ini

Tukar pengurusan kanan Sapura antara syarat untuk suntikan dana diberikan – PM Anwar

Mesti diganti dengan pengurusan baharu dan kalau ada permasalahan yang membabitkan keperluan siasatan, jadi ini pertimbangan kita

70 peratus pelajar asrama penuh disarankan memilih aliran STEM – PM Anwar

Kita ada Infineon, NVIDIA, Google, Microsoft dan sekarang kecerdasan buatan (AI) di merata tempat, tetapi anak-anak kita tidak ambil STEM

Ascend Airways mulakan operasi pada akhir 2025

Kami komited untuk memperkukuh landskap penerbangan Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan ACMI yang boleh dipercayai kepada syarikat penerbangan, pengendali pelancongan, broker sewaan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO)