Kerjasama PH, GRS dan BN di Persekutuan wajar diterjemahkan di peringkat negeri

Date:

Share post:

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah menyokong penuh cadangan Bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick yang mahu pimpinan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Perkara itu disuarakan Pengerusi AMANAH Sabah, Lahirul Latigu yang melihat kerjasama antara kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) bersama kerajaan perpaduan diperingkat persekutuan perlu diterjemahkan di Sabah.

“Situasi politik kini telah berbeza berbanding sebelum ini dimana PH diperingkat persekutuan telah menjadi kerajaan. Dalam masa sama GRS dan juga BN turut bekerjasama dalam membentuk kerajaan perpaduan.

“Justeru, saya juga turut senada dengan Datuk Ewon dimana perlunya PH juga dijadikan sebahagian daripada kerajaan negeri khususnya dalam pentadbiran diperingkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Lahirul percaya menerusi kerjasama itu akan dapat mengukuhkan lagi kestabilan kerajaan Sabah dan politik di negeri ini.

Pada 13 Disember lalu, Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berharap agar ADUN serta pemimpin PH Sabah dapat menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri.

Selain itu, pada pada 25 November lalu, Ewon turut dilaporkan berkata semua tujuh ADUN PH Sabah, menyatakan sokongan serta komitmen untuk bekerjasama dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri sehingga penggal DUN berakhir pada 2025.

Dalam pada itu, Lahirul berkata, penyertaan GRS-BN dalam kerajaan perpaduan membolehkan kerajaan persekutuan dapat berfungsi dengan sebaiknya bagi memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat khususnya di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img

Related articles

“Sabah for Sabahans” Antara Slogan, Identiti dan Tuntutan Menjelang PRN 2025

Pengenalan: Dari Slogan ke Isyarat Politik Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN Sabah 2025), slogan “Sabah for Sabahans”...

Belanjawan MADANI 2026: Sabah Dihargai, Sabah Dibangunkan

Ada sesuatu yang berbeza dalam Belanjawan MADANI 2026.Kali ini, bukan sekadar deretan angka yang dibacakan di Parlimen —...

Diplomasi Malaysia di antara Hikmah dan Perjuangan Gaza

Dalam kehangatan isu Gaza dan kezaliman rejim Zionis yang tidak berkesudahan, Malaysia sekali lagi tampil memainkan peranan penting...

Kebangkitan Rakyat Eropah: Gelombang Nurani yang Menyala untuk Palestin

Beberapa hari kebelakangan ini, jalan-jalan utama di kota-kota besar Eropah menjadi saksi kepada sesuatu yang luar biasa —...