pru

Pepatah melayu menyebut

“kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

membawa maksud Cita-cita tanpa usaha tidak akan tercapai.

Hadis Nabi SAW

“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”

Run for Wakaf ini adalah usaha kecil untuk menyebarkan mesej wakaf untuk pendidikan di Sabah khususnya.

Alhamdulillah bermula dari misi 5km setiap hari 30hari ramadhan lepas, misi ini diteruskan mengikut destinasi bagi membolehkan mesej wakaf untuk pendidikan ini dapat disebarluaskan lagi.